Posts

Showing posts from 2017

Sebakul Harapan Tahun 2018

Image
Tahun baru menjelma lagi dalam Gregorian calendar.

Setiap kali tibanya tahun baru..maka kebanyakan kita akan mulai mengisi bakul harapan moga-moga ianya penuh sepanjang 365 hari itu.

Mudah-mudahan lakaran hari-hari 2018 menjadikan kita lebih kuat dan selalu bersyukur.

Kata Andrea Hirata, berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia.
Jadi ,penuhkanlah bakul impian itu untuk 8,760 jam yang akan datang.



Most of the travel blog news feed updates where they've been in 2017, what they seen and a long list places which make me so envious..they likely travel in every 2 month? Wow. How lucky.
Anyway, 2017 is a great year for me means no drastic change, a good health for all the people I love, we enjoy the little things in life and travel local more.

What's consume me with end of year and starting new calendar is my daily routine
 (kids schooling (still have major exam this year anyway),school uniform, register here and there, and runs some errands)
Am too old to enjoy…

Dari Sapa ke Hanoi dengan sleeper bas

Image
Hari ni merupakan hari ketiga di Vietnam dan masih di Sapa. Selepas balik dari Cat Cat village dan beli sobenir serba sikit kat Sapa Square, kami bergerak hantar motor yang disewa.
Kami lepak dulu minum coklat panas kat kafe sebelum ke pejabat tour.
Selepas minum kami gerak ke pejabat tour yang kami amik tiket bas pagi tadi then dia akan hantarkan kita dengan kereta ke port bas berhenti. Bila sampai situ, pergi tukar tiket dan boleh terus naik bas. Bersusun bas menunggu penumpang di kawasan tu.
Aku tak sempat nak amik gambar bas tu, tapi boleh tengok kat bawah keadaan didalamnya.
Tiket bas Sapa-Hanoi berharga 250k vd (Rm 45) untuk lebih kurang 6 jam perjalanan.


Cat Cat Village dan kampung yang takde kucing tapi babis yang banyak

Image
Cat Cat Village ni  terletak sekitar 1 km dari bandar Sapa di bahagian bawah Lembah Muong Hoa dan berhampiran Air Terjun yang femes tu. Ia adalah kampung lama etnik H'Mong yang tinggal berkumpulan dan mempunyai amalan unik turun-temurun.

Untuk melawat kampung, boleh berjalan melalui pasar Sapa . Atau sewa motor merempit macam aku. Atau amik tour dengan kereta..byk tour yang ditawarkan di hotel-hotel.
Nak masuk cat-cat ni kena beli tiket kat kaunter depan jalan tu dan harganya 50k vd seorang.(Rm9)

Aku nak bagitau sesiap, untuk melawat kampung ni, kena ada stamina okeh, sebab ia jalan jenis curam turun bukit melalui tangga batu. Masa masuk ke sini, ko akan menuruni bukit dan jauh ke bawah tapi masa balik ko kena naik balik ke atas untuk exit. Penat dan sakit lutut bagi orang yang takde stamina.
Melawat kekampung ni umpama ko pergi hiking jugak kekdahnya.







Wanita muda hmong duduk dengan alat tenun dan kain yang berwarna-warni brokat yang dihiasi reka bentuk bunga dan burung setia men…