Dinotrek Alor Setar

Pusat Dinosour ni terletak di Alor Setar..di bangunan Balai Seni. Paris Van Java orang Alor Setar panggil.
Depan masjid Zahir dan dekat Menara Alor Setar.
Tiket berharga Rm5 kanak-kanak dan Rm10 untuk dewasa.
Pusat ni dibawah seliaan Petrosains Petronas.
Masa aku pergi tu, ramai orang sebab weekend dan memang agak sesak sikit. Kawasan pameran jenis memanjang dan tak luas..jadi berlago bontot tu biasa.
Dalam ni jugak ada tempat amik gambo satu keluarga tu dan gambar akan dihantar ke email kita..masalahnya ramai sangat pengunjung beratur di sini.
Dalam ni ada banyak spesis dinosour yang ada..ada yang bergerak dan berbunyi..anak agak jakunlah tengok. Bunyi seram dan ngeri jugak.
Ada ruang untuk mewarna dan tricky games.
Berbaloi dengan harga tiket yang murah tu cuma parking agak susah.
Dinotrek dalam balai seni
harga tiket
dalam ni kanak-kanak boleh korek cari tulang dinosour,,habis rambut noh masuk biji ala pasir ni

pintu masuk

dinosour besi

suasana dalam

dinosour ni paling best..bunyi seram dan ngeri
tempat berwarna dan fun spot untuk kids
Add caption

Permainan interaktif

Balai Seni
Depan Balai Seni
Masjid Zahir
Paris Van Java
Overall Petrosains Dinotrek ni satu tempat yang bagus untuk pupuk minat anak-anak dengan dunia Dinosour.
Cuma kalo orang ramai..ruang dalam terasa sempit nak bergerak.
Walau mak bapak adalah otak beku nak baca semua fakta sains ni semua..tapi demi anak turutkan jugak.
Depan balai seni ni best jugak lepak petang-petang..ada org jual aiskrim..mainan belon dan happening kekdah nya


2 comments:

  1. Not bad jugak... Kalu SS mai kedah...kapla dinosour ku putaq... He He He...

    ReplyDelete
  2. Hehe..feeling baru nak belajaq sains kekdahnya

    ReplyDelete