Lost World of Tambun Ipoh Perak

Taman Tema terbesar di kawasan utara semenanjung.Tiket masuk lebih kurang RM40++ dan RM30++ kanak-kanak.Seriously.taman tema ni memang best untuk kanak-kanak sebab banyak kolam dan puas la diorang dapat mandi.Ada ombak buatan ala pantai dan memang banyak pilihan untuk aktiviti air.
Bila dah beli tiket memang free main semua kemudahan yang ada cuma rumah hantu,naik bot swan dan roller coaster  kena RM5 per entry jika nak masuk.Harga tiket nak masuk sini yang general tu macam kat bawah tapi ada jugak pakej tiket yang lain.Entry ni panjang sebab banyak gambar dan info ye.Lost /world Tambun ni ada 6 kawasan iaitu waterpark,amusement park,tiger valley,lost world petting zoo,hot spring and spa dan tin valley.
-Untuk water park je,ada 6 kawasan yang boleh kita nikmati iaitu sandy bay- pantai,jungle wave pool,cliff racer,adventure river (mudiki sungai),tube rider (naik palampung yang cm roller coaster tu) dan kids exploraby (ada kapal dan gelongsor,air cetek dan memang rilek mak ayah tunggu).
-Amusement park ada 6 jenis game iaitu roller coaster, naik keretapi round taman tema,strom rider (kapal berayun),flight dragon (buaian berayun) ,kuda pusing tu dan lain-lain.boleh je pakai baju mandi pi naik semua ride.
-Tiger valley-tempat harimau lepak.boleh pi nak tengok dan usha mana yang berkenan
-Petting zoo,yang ni ada pameran haiwan macam kuda,kucing hutan,ular dan lain-lain
-Hot spring ni termasuk gak dalam waterpark cuma dia kolam air panas dan malam ada special package.
-Tin Valley untuk pameran lombong bijih.
Secara keseluruhan kalau setakat masuk 4 jam memang tak puas sebab kawasan dia luas dan anak-anak kalau main air memang tak hengat dunia.
Sewa pelampung yang besar tu RM15 campur deposit RM10 so kena bayar RM25.Tandas dan surau berada berdekatan kawasan sewa pelampung di kawasan hot spring pool iaitu disebelah kiri pintu masuk.Locker boleh disewa dengan kadar RM10.Kedai cenderahati ada semasa nak keluar dari sini dan band kita tu akan digunting oleh stafnya.
Tiket masuk:

Ticket Rates:

RM48 RM40.80 (Adult)

RM41 RM34.85 (Child – 12 years old and below. Free entrance for children under 90cm in height)
RM41 RM34.85 (Senior Citizen – 55 years old and above)

Ticket inclusive of:

Access to Lost World Amusement Park, Lost World Water Park, Lost World Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost World Tin Valley, Lost World Hot Springs & Spa and Lost World Lupe's Adventure.
Available only on:
  • Weekdays: 11.00am – 6.00pm
  • Weekends: 10.00am – 6.00pm 

Taman tema ni memang cantik dengan berlatarkan bukit semulajadi


depan taman ada hotel  tapi ratenya sendiri mau ingat ok


pintu masuk..pakai band cam biasa kat tangan

pintu masuk..kena beratur

untuk chevk bag dan makanan tak boleh bawak masuk.air mineral boleh..pastu akan scan bar code dipakai kat tangan tu.
peta kawasan.

sandy bay

manmade beach


kids exploraby
aye,aye captain!

untuk amusement park ada 6 aktiviti yang boleh dicuba.

flight dragon
storm riders
yang ni untuk kanak-kanak kendos
Kemudia bab makan.
food court
Untuk harga makanan kat sini,harga ok la jugak dan banyak pilihan.
Nasi ayam-RM7
Nasi Tomato-RM10
Keropk lekor-RM4.50
Pancake-RM3
Air mineral-RM3
Aiskrim-RM2.50
Pasembor,Mee mamak,mee rebus-RM6.50
Crepe' dan aiskrim-RM6
Ais kacang/cendol-RM4
Lok-lok-RM2 perstick

Ada banyak variety food disini..ada restoren dalam building,tepi jalan dan food court tepi kolam.


No comments:

Post a Comment