Resepi pancake simple

Sebenarnya ni menu zaman bila aku masak..dah lama tak upload dan malas gila nak tulis resepi.
So kali ni kita buat pancake ok.Resepi ni plain je,biasalah orang malas nak beli bahan banyak-banyak.

Resepi Pancake:

-4-5 cawan tepung gandum (agak -agak kepekatannya)
-2 biji telur
-1/2 cawan gula
-100gm butter dicairkan (takde pun takpe)
-1 sudu besar baking powder/soda
-750 liter susu segar
-Untuk dihidangkan boleh makan dengan madu atau jam,butter dll

Cara:
1.Pukul telur dan gula hingga agak kembang
2.Masukkan tepung dan susu.
3.Masukkan susu dan baking powder/soda
4.Masukkan butter cair.Pukul adunan hingga sebati dan tidak berketul.
5.Nak lebih cantik.buat adunan pancake ni malam.Pagi esok kacau dan masak je
6.Panaskan kuali leper.Masukkan sedikit butter.(api sederhana perlahan)
7.Sendukkan adunan atas kuali menjadi leper dan bulat.
8.Tunggu hingga adunan berbuih dan berongga,kemudian terbalikkan.Angkat dan hidang.

Ok,sebab sayang gambar..aku upload je gambar breakfast hari-hari berikutnya.
Cuci mata..



No comments:

Post a Comment