A Haunted Heart


Go down the road called Yesterday
Take a left on a Lost Highway
And make a right on Memory Lane
Drive until you feel the pain

And at the river of tears take one last turn
And cross the bridge that just won't burn
A run down house is love's graveyard
That's where you'll find my haunted heart

Well my haunted heart can't rest in peace
It's buried with his memory
And it's a living hell here after dark
All alone with a haunted heart

Late at night a slamming door
Shadows move across the floor
Footsteps fall on silent stairs
I hear his call but no one's there

His photograph hangs by the bed
A grim reminder love is dead
A love I killed just won't depart
It's living in my haunted heart


~Sammy Kershaw


"Hati yang berhantu..dihujung sana..seram dan kelam
Bayang kelabu terkadang melintasi menyeksa kembali
hati yang usang  tanpa penghuni,ia sendiri terpaku sepi,
dinding dan tiangnya terlukis nama penjarah kejam..berkubur namun kuat mencengkam,
dalamnya ia bersawang,jendelanya berdebu dan lantainya berlubang

Sentiasa dikelubungi suram dan gelap.. ia mati tanpa kata..
dibunuh tusukan demi tusukan luka,
liang ronggannya bergayutan darah esakan yang membeku 

Bumbungnya dipalang pilu dimamah pengkhianatan
tiada tiupan angin melunak,tiada udara mengiringi tawa
 halaman dipagari tembok besi keras berkarat
dari lohong luka yang bernanah sekian lama
Megah merentas masa  dan teguh terpasung

Adakala ia dilawat, hanya sekadar membawa darah pekat,
penafian dan kekeliruan berkeliaran mengusik kesunyian
nyaring bergema dentuman ngeri luka tak sembuh
 ia telah jatuh kejurang paling dalam
hingga akhirnya tiada apa lagi yang mampu merobeknya
tiada pernah lagi akan ada penghuni bisa melewati
setelah ia  terbiar mati.''

Bukan hanya rumah yang berhantu.hati yang berhantu pun wujud dan berada disekeliling kita.
Rumah yang berhantu, rumah itu usang,tak didiami,terletak nun jauh di hujung jalan dan hutan.Seperti istana atau mansion yang berkurun lamanya dipinggirkan.
Bila melangkah masuk,satu perasaan seram yang mencengkam jiwa.
Adakah hati pun begitu?..ada..hati yang suram..kelam dan kabur.

Ya, hati pun bila berpuaka, berhantu dan telah dihuni oleh sesuatu yang lain..maka hanya pemiliknya yang tahu. Kebahagiaan itu mungkin pada luaran..tetapi hati itu sebenarnya telah dihuni oleh makhluk lain yang telah hilang.
Hati itu telah didiami seseorang,dan dia tak mampu nak menghalau bayang penghuni itu jauh-jauh.Hati itu dippinggirkan berkurun lamanya..mungkin pemiliknya meninggalkannya untuk teruskan hidup.
Menidakkan suaranya agar ia diam. Dengan harapan bayang yang menghantui itu berlalu pergi..mungkin ada yang berjaya menghapuskannya tetapi masih ada antara kita yang hidup dengan hati yang menyeramkan itu.

Jadilah ia hati yang keras, perasaan yang cuba dipinggirkan sehingga ia tertinggal menjadi sebuah hati yang usang dan menakutkan..   ianya berada dekat tapi sangat jauh dari manusia,ia berdenyut dengan perasaan terasing dan bagaikan hati itu telah mati perlahan-lahan kerana luka yang teramat..ianya dihancur, digelek, dipijak, dan dibiarkan berdarah bertahun lamanya..mampukah ia bertahan dan pulih?
Time will heal but the scar will remain.
Sehingga tiada lagi kesedihan yang boleh menyakitkannya.
Tiada lagi kepedihan yang mampu dirasakan, dan hati dihantui perasaan takut kepada penyerahan jiwa sepenuhnya. Dinding tebal telah memagari, tembok telah dibina setinggi-tinggi hingga tiada siapa mampu menembusi.

No comments:

Post a Comment