Resepi Siakap Sweet Sour/Seabass Sweet sour




Bahan:
1 ekor Siakap-bersih dan lumur lada putih,garam,tepung jagung dan goreng hingga masak dalam minyak yg banyak

untuk sos:
1 nos bawang besar-potong cube
3 ulas bwg putih-chopp
1 inci halia-hiris nipis
3 sudu cili kisar
2 sudu sos plum
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung-campur sedikit air
1 cawan air
sedikit mix vege
50 gmcube green capsicum-tak letak pun takpe
50gmcube tomato (1 biji)
200 gm cube nenas-tak letak pun takpe
100 gm cube timun-tak letak pun takpe
1 tangkai daun bawang-potong 1/2 inci-masukkan saat akhir
2 sudu minyak masak
Garam,gula secukup rasa
   (tak letak pun takpe?baik tak masak pun takpe...)

Method:
1.Goreng ikan hingga sedikit garing/masak.KetepikanAsingkan minyak tinggal sedikit (dlm 3 sudu besar)
2.Tumis bawang,halia dan cili kisar.
3.Tunggu pecah minyak,masukkan sos tiram,sos cili/tomato dan sos plum.Masukkan air.
4.Masukkan capsicam,mix vege,tomato,nenas,timun dan didihkan.
5.Masukkan  tepung jagung yg dah dicampur sedikit dan perasakan.
6.Tuang atas ikan dan selamat menjamu selera

Resepi ni terpulang nak letak sayur apa.Kalo takde timun,tak kisah ganti je dgn baby corn ke atau apa yg ada dlm dapur.
Siakap versi ni ada byk,dan byk kali aku kena masak..tu pasal pinggan kejap color putih,kejap takde color. Pasal?budak skrg ni nak mkn ikan besar-besar jek.Ikan bilis,ikan kembong dianaktirikan.Jadi,memang selalu kena masak benda alah ni..

No comments:

Post a Comment