Aqasha..obsesiku gemersik kalbu

Haihhh..demam Gemersik kalbu dah semakin parah bermaharajalela selepas drama Nora Elena.
Dan selepas obses dgn Seth Tan,wanita-waniti obses pula dgn Suffian.Obses takper jgn perasan best sudah.
 (aku tak penah tgk pun drama Nora elena tu).Tapi Gemersik Kalbu ni aku tengok..bukan dari mula-mula tapi dh 5,6 episod.
'terrr'tengok dan tetiba ter'syokk'.Memang best dan meletop la citer ni..tambah lg Heykal Hanifa yang arahkan.
Drama ni best sebab:
1.Hero tak lembik biarpun digoda oleh ex-gf dia.kalau citer lain siap hero rela digoda,kena perangkap dgn watak penggoda dan lembik macam kangkung sampai naik meluat tengok.pehtu bila hero kena perangkap,heroin lari merajuk,haihhhh bosan.Tak reti buat keputusan,teragak dan takde pendirian.Ini macam punya hero boleh jalan...
2.Heroin selamba dan sempoi-takdelah pakai bagai..watak heroin takyah tonjol sgt pakaian n mekap dia.Dh tentu dia heroin,tak perlu distract dgn cacamarba.
3.Heroin marah-marah@meluat pd hero pun rilek jek. takder bebel dan cakap byk.Cukup dgn jelingan penonton dh faham apa tersirat.
4.Drama ni tak byk cakap,tak byk bebel  tp byk gila jelingann.Jelingan Ayu Raudhah,Dian P Ramlee dan yg paling menusuk kalbu tentulah jelingan Aqasha. Masa berlakon ni ntah-ntah mata depa pun dh naik juling.
Byk jelingan takpe jgn byk ckp, fenin!
5.Best sb pelakon yg sesuai,arahan yg best dan skrip yg bagus.Terbitan susur galur Dato Siti pastu mesti selit lagu Siti..

Aku start suka cara pengarahan Heykal Hanifa ni masa drama 'Cinta untuk Ain'.Cerita dia tak meleret-leret..dan gemersik kalbu ni tak memboringkan,takdelah asik stuck kt situasi sama berhari-hari.Aku yg nengok pun jd stuck.tu lum tgk lg citer indon,mau muntah hijau.
Basically,aku rarely tgk drama melayu sebab tak suka cite yg byk org jahat dan sedih gila .Mental aku dah torture kuasa seploh jd nk tgk citer yg happy2  dan light n easy saja.Baru tgk 2,3 minggu ni.
Satu trademark si Heykal yg aku perasan ni,dia kalau wat arahan mesti mamat hero citer tu akan go for extra mile to win heroin tuh.Berkorban apa saja,tebalkan muka,pekakkan telinga dan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Aku suspek Heykal ni romantik orangnya dan salah seorang pejuang yg memartabatkan bahawasanya lelaki melayu pun setanding romantik dgn hero mat saleh/hindi seperti Jerry Maguire,Edward Cullen,Jack Dawson dan Shah Rukh khan,hohoho.
Camtu la gamaknya dia win hati Faezah Elai kot...ala ala hindustan gitu.pehh,off topik pulak.
Ada ke lelaki melayu camtu yg tunduk pd ego sezero-zero celcius dan bended their knees?
Kalau ada sila calonkan...ada dlm 10%?kalauu ada..syabas beta.

Anyway tahniah pd En Heykal Hanifa,mostly credit goes to Anis Ayuni.
Hopefully penulis novel ini akan dpt royalti sekencang-kencangnya jgn jd cm penulis ombak r*** dah la.
Watak Suffian nih memang tersangat sesuai dgn Aqasha,takpun Que Haidar.Cara dia angkat kening,jelingan mata dan gesturenya itu bikin hati bisa robek.
Adehhh tejatuh hati lak dgn Aqasha dlm drama nih,nakal2 giteww..bad boys is always irresistible ok!!
pastu pandai-pandai la ko tanggung sendirik..







Errr nak komen juga,citer Tentang Dhia tu amat menghampehkan aku.Mula-mula mcm best pastu dah byk 
sgt kejahatan,aku banned terus.pastu citer merapu-rapu buatan org lah,meleret-leret..tak sukeee.Klu nak wat pasal santau baik buat citer hantu,dowhhhh..
Asik-asik sedih,pastu watak baik baiiikk la sgt walau watak jahat punyalah ramai.Tak seimbang lah.
Meluat amat tgk drama yg watak baik tak serik2 membaikkan diri tahap bendul  dan sukarela menghambakan diri pd watak jahat.
sebab tu buat baik berpada-pada....ni aku pesan kat penulis skrip dan pengarah drama melayu.

No comments:

Post a Comment