Memori yang usang...


‘Kita musafir cuma..di alam dunia jasad mengembara
Di alam maya roh berkelana
Semuanya milik Allah jua
satu ketika,diri ini akan kembali kepada-NYA’




Helaian daunan
Yang gugur dari pohon
Mengingatkan daku
Saat dikau berlalu
Sesepi tangkaimu
Begitulah hatiku
Terasing sendiri
Meniti hari
Sejauh manakah
Terdaya ku meredah
Melepaskan diri
Dari belenggu ini
Dipanggang dibakar
Ia takkan pudar
Seraut wajahmu Ku rindu
Memori yang usang
Bagai bara merah
Kurasa hangat bahang
Yang menujah (menyala)
Memori yang usang
Mengekori langkah
Diusir dibuang tak terpadam
sayangnya hatimu
Sepejal tembok batu
Tak bisa dirayu
Dengan airmatamu
Terbuku di hati
Dengan kedegilanmu
Tak daya ku tawan semula

Sebenarnya aku just read from Oprah Winfrey topic..if you could go back to your past time,what would you change??
Mungkin sesetengah akan jawab: hmm..akan lebih appreciate our parent(so do I) and betulkan pekara2 buruk yang pernah kita lakukan..
Tapi bagi aku..kalau di beri peluang untuk kembali ke masa silam pun..rasanya macam tak ada apa yang aku nk ubah sangat..sebab pekara silam itulah yang menjadikan siapa diri aku selama ini..
Pernah tgk filem The Butterfly Effect?
~ The title refers to the butterfly effect, a popular, hypothetical example in chaos theory which illustrates how, in any dynamic system, small initial differences may, over time, lead to large unforeseen consequences.
~Wikipedia

Lakonan mantap Ashton Kutcher..kitaran hidup kita ni macam kupu-kupu jugak..berubah mengikut tahap kematangan dan masa.Moral dari filem tu yang paling berkesan di hati aku..Ashton Kutcher cuba nak balik ke masa silam,dan ubah pekara-pekara yang dia rasakan dia tak patut buat,contoh nak selamatkan chilhood sweetheart dia,to face the bully etc…Tapi sebenarnya small change in the past yang dia ubah beri impak yang besar di masa kini dan hadapan..ada harga yang terpaksa dibayar bagi membetulkan keadaan dan ianya selalu menyiksakan.Bila dia dah berjaya selamatkan childhood sweetheart dia dizaman silam,dia bangun di masa kini mendapati tangannya kudung.Dan setiap kali dia cuba mengubah zaman silam walau sedikit,ia memberi impak yang besar dimasa depan.


''In chaos theory, the butterfly effect is the sensitive dependence on initial conditions, where a small change at one place in a nonlinear system can result in large differences to a later state. The name of the effect, coined by Edward Lorenz, is derived from the theoretical example of a hurricane's formation being contingent on whether or not a distant butterfly had flapped its wings several weeks before.



Although the butterfly effect may appear to be an esoteric and unlikely behavior, it is exhibited by very simple systems: for example, a ball placed at the crest of a hill may roll into any of several valleys fully depending on slight differences in initial position.


The butterfly effect is a common trope in fiction when presenting scenarios involving time travel and with hypotheses where one storyline diverges at the moment of a seemingly minor event resulting in two significantly different outcomes''-wikipedia



Jadi kadang-kadang kita rasa menyesal atau bersalah dengan diri sendiri kita..aku pun macam tu jugak dan kadang-kadang kita rasakan kita tak buat yang terbaik dalam hidup kita.
Kenapa aku tak belajar pandai-pandai?kenapa aku buat tindakan bodoh camtu?dan banyak lagi yang kita rasa nak ubah.Ya,boleh renungkan untuk pengajaran tapi kalau rasa teramat menyesal tu,hidup kita takkan aman dan tenteram.
Orang kata..we should live well and in the end of the day..apa yang kita tanam akan membuahkan hasil dan harapan kita.
Mungkin ada orang nak kaya (saper yang tak nak kan??) dn ada yang nak ketenangan hidup.
Memori yang usang..itu adalah kemungkinan kita nk bersama balik 1st love kita dan maybe ex bf.Tambah lagi dah jumpa kat facebook,twitter dan tah pape lagi.
Aku rasa benda tu yang paling banyak orang nak buat,nak kembali ke zaman bercinta,bersama dengan kemanisan cinta yang indah.Sebab perasaan bila terjumpa kembali tu macam mimpi..seperti sebiji benih pohon willow yang bertunas,tumbuh di musim bunga..tapi akhirnya akan gugur jua bila musim luruh menjelma kerana ia hanyalah illusi,mimpi,fantasi dan takkan pernah jadi realiti dalam hidup yang sebenar ketika ini..
Dan banyak yang terjadi bila berjumpa kekasih lama ni..runtuhnya rumahtangga yang sedang terbina,pergolakan rumahtangga,kecelaruan hati dan perasaan dalam memilih pasangan..dan impak yang kadang-kadang lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.hanya mendatangkan masalah yang tak sepatutnya.
Sebenarnya..yang berlalu tu..biarkan lah.Tak perlu nak di ulangi lagi.Past is past..living in the past like a living in the dream..only illusion and obsession that lead you nowhere.Past,present and future can never be in one direction or one journey in our ife.Yes..its ironic..its sadness..but that's the fact.To know the person you ever loved.you ever cared is gone and return but the thing is you have to let them go..if their presence would harm you,would endanger your life.Even the tempted is too much,too hard to bear or resist..it should be no no…
Bak kata omputih..forbidden fruits is always taste sweeter but its also spoil faster..lebih kurang camtu la…

Dalam perjalanan hidup ni..kita akan harungi keperitan dan kebahagiaan..mengharungi terik mentari sebelum sampai ke bawah pohon yang rendang,yang akan meneduhkan kita,yang jadi tempat kita bersandar,yang memayungi kita dari hujan dan panas..tapi kita perlu melangkah biarpun kita terasa amat payah untuk meninggalkan pepohon itu.Biarpun amat berat kerana ia telah memayungi kita sekian lama dan berikan kita segala.
Untuk mengharungi terik mentari,berjalan di laluan yang berbatu,sempit dan memerlukan air mata dan ketabahan..sanggupkah kita meninggalkan teduhan itu??Selagi kita masih berada di bawah teduhan itu..selagi itulah kita akan statik..kita takkan kemana-mana..kita berada di suatu tempat yang sama hingga ke ahirnya..kerana takut meninggalkan keselesaan yang membelenggu diri.
Tetapi…kita perlu dan harus teruskan perjalanan.Kerana kita perlu sampai ke destinasi hidup kita.Perjalanan hidup harus diteruskan…
Begitu jua yang aku rasakan..hidup harus diteruskan jua.


Aku rasa di suatu ketika,dah tak ada apa lagi yang aku perlukan dalam hidup ini..kecuali di beri ketaqwaan yang kuat..kerana apa yang aku idamkan,aku impikan ketika zaman remaja dulu banyak yang telah Allah makbulkan.Dan aku pun bukanlah banyak meminta dalam kehidupan ini..cukup rezeki yang Allah berikan,dan apa yang aku cita-citakan,telah aku miliki waktu ni.Hanya lagi satu impian aku..nak ke Europe..insyallah akan aku jadikan realiti juga nanti.
Soal hati dan perasaan…hem kes berat..tp begitulah hidup ini,tiada yang abadi.nothing lasts forever..ada pasang dan ada surut.Tiada kehidupan yang sempurna,mungkin pada zahirnya serba indah tapi batinnya hanya diri yang merasai.
Untuk meneruskan kehidupan,dan kadang-kadang kita keseorangan sebenarnya dalam mengharungi hidup kita sendiri kerana hanya kita yang memahami segalanya tentang kita.Kdg-kdg mengharapkan seseorang akan berikan kita kebahagiaan tapi ingat,jika kita mengharapkan orang lain memberikan kita kebahagiaan,kita akan di selubungi kekecewaan.Kerana,sebenarnya kita tidak mampu mengubah sepenuhnya  insan yg kita dampingi mengikut sesuka hati,manusia bukan mesin.Dia ada hati sendiri dan keinginan.Juga,Pengalaman hidup mampu mengubah watak dan hati seseorang.
Kesedihan,kesayuan dan separuh nyawa kita melayang sehingga tak mampu bernafas lagi bila kehilangan seseorang kita abaikan walau hakikatnya separuh dari diri ini telah pergi bersama.
Kita pamerkan kekuatan hati,kecekalan dan ketabahan menghadapi hidup kerana itulah survivor.
Hanya yg kuat akan terus hidup.
Yang boleh berikan kebahagiaan dalam diri hanya lah kita sendiri..
Dan insan lain hanyalah rempah ratusnya.
Moga hatiku tabah selalu mengharungi kehidupan ini…

'Perfection is delusion,it doesn't exist'






No comments:

Post a Comment