Wednesday, May 31, 2017

Menu buka puasa 1438h

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadan semua..mood berblog dah ke laut..jadi nak cuci mata dengan hidangan berbuka hari pertama puasa kat kampung je.
Sekarang musim lepas meracun bendang jadi banyak rumput dan sayur belakang rumah yang kekeringan.
Pokok roselle pun tak berapa lebat tapi buluh madu galak tumbuh dek hujan panas tak henti. Pokok cili padi, terung, bendi masih berhasil dan bolehlah digulai dan digoreng.
Ceh..cakap macam kita yang tanam pokok sayur organik tu..tapi sebenarnya balik makan jek. 
Lepas tu kutip bunga kantan, serai, daun kunyit segala mak nenek dengan tak malunya hangkut.

di kaki Gunung Jerai

batas ban penuh sayur dan herba..tali air ni buat menjala ikan puyu dijadikan pekasam

bukan kampung aku tapi kampung kak aku di Yan

macam-macam ada
kuih keria
mee kolok dari Sarawak..tak reti nak buat cara sana jadi gorengkan ajela
murtabak wajib ada
Bubur lambuk dari masjid
kari ikan tongkol
ayam bakar ni sedap sgt
pais ikan termenung berinti kelapa
air roselle yang ditanam sendiri...memang nyaman
teh o
inilah juadahnya..dah puas mkn jgn lupa  gi terawikh 21 rakaat okeh
sangat best berbuka ramai-ramai kat kampung
Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga semuanya bertambah barakah.