Backpack Medan- Carolina Cottage/ Hotel Danau Toba

Hotel ni terletak di Danau Toba, Samosir.. tepi tasik dan sangat cantik. Masa mula sampai tu aku takut jugak melihatkan seni binanya yang ala hotel mahal..tapi rupanya ada bilik murah dan mahal di sini. Jadi kalo tak derduit banyak pun boleh je datang check-in.
Aku just walk in je ke sini, takde buat tempahan apa..tapi jika peak season jangan tiru macam saya ok. Nanti tak memasal kena tido tepi batu tasik tu.

Lanskap hotel ni sangat cantik..semua bercirikan budaya Batak..jika naik bot dari jeti Tigaraja tu bagitau kat kapten bot tu nak turun kat Carolina. Dia akan stop kat banyak jeti resort-resort yang ada..bila sampai kat Carolina jeti dia akan laung "carolina, carolina''. Bumbung rumah tradisi Batak sekali tengok memang macam bumbung rumah orang Minangkabau tapi ada perbezaannya. Bumbung rumah minang lebih runcing. Hurainnya boleh tgk kat sini http://mte3012-radenhafizshariman.blogspot.my/

Bilik kami takde aircond pun, tapi still sejuk macam kat Cameron. Cuaca kat memang nyaman dan tak panas, walau taklah sesejuk Camron tu.

Cuma wifi kat bilik takde..kat restoren dan reception je ada. So memalam lepak kat restorennya sambil layan internet, dengar budak-budak ni main gitar menyanyi dan tak makan sini pun boleh je lepak. Dah memang restorennya tak halal kan..minum boleh lah.
 Di sini kebanyakan penduduk adalah kaum Batak yang beragama kristian..jadi cik bab* adalah benda yang selalu appear dalam menu. Bila tanya waiter kat sini memang sah lah tak halal restorennya.
Hotel ni jugak ada menyediakan sewa motor dan basikal.
Kadar biliknya seperti kat bawah:

rate bilik..ada mahal ada yg murah






Ini jeti untuk turun ke Carolina hotel/cottage

ini view pertama turun jeti..rasa macam orang kaya dok sini..tapi rupanya bilik murah pun ada..serendah Rm30 semalam

naik tangga utk ke reception

reception

reception di tepi restoren
dia punya motto akronim tu



restoren..tak halal yek
naik tangga untuk ke bilik

bercirikan rumah orang batak

letih jgk panjat tangga

ini bilik kami..RP100,00 (Rm30)..murahkan

ini biliknya

bersih dan selesa..
air cond takde tapi sejuk

bathroom standard kat medan..semua ada gayung




view dari balkoni bilik..siap ada durian sebijik bergayut situ


yg ni ngadap tasik dan pantai
overall hotel ni berbaloi, cantik bersih dan murah. Kalo ada lebih masa memang stay lama. Tenang, aman damai rasa. Staf mesra dan service bagus.
ada papan anjal nak terjun tasik..dok kat sini amik pic..letak caption deep

31 comments:

  1. Ok mak.

    Kali ni toilet dia berpeluntur

    ReplyDelete
  2. Owh medan mknn x halal ke atau kt hotel tu je mak?

    Confuse jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini byk batak kristian..jadi cik bab* byk dlm menu restorennya

      Delete
  3. Bumbung dia mcm minang sket.

    Eh ye ke

    ReplyDelete
  4. Ok mak... ku nantikan sambungan nya.


    Kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumbung nk dekat sama tapi minang lagi runcing

      Delete
  5. haahh laa memang cantik senibina hotel nie...untung laa dpt bilik murah jerkkk...tapi kenapa x halal resto nya....adesss potong stim betul laa kan...view dah ler cun melecun kat situ....

    ReplyDelete
  6. Mak sebut Samosir... Teringat popia segitiga samosa... ha ha ha

    ReplyDelete
  7. Selalu kalu nak maki orang.. mesti perkataan 'batak' digunakan... rupanya batak asal medan... ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. batak merangkap ayat 'nak mampus'..kuli batak, jakun batak haha

      Delete
  8. Bumbung dia macam minang tapi tak melentik dan condong...

    ReplyDelete
  9. nice view, medan ni senang ke dapat makanan halal?

    ReplyDelete
  10. wahhh seronoknyaa.. bilik pun nampak selesa.. :D
    follow sini #110 :D

    ReplyDelete
  11. Rm 30 satu mlm bilik berdua murah sgt tu buk! 😬 Kain selimut merah sgt lah mak ngah kalau warna pink mesti lg sweet x pun biru nampak macho jeling SS 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalo JM sampai diorg tukar selimut pink hehe..SS nnti tukar ke biru..jenuhlah nak lyn uolls nih

      Delete
  12. Seni ina umah2 chalet tu mmg menarik

    ReplyDelete