Posts

Showing posts from January, 2017

Backpack Medan- Jelajah Pulau Samosir

Image
Hari ini hari ketiga di Medan.
Nyenyak tido di Hotel Carolina ni, dengan sejuk biliknya, tak perlu aircond.
Mandi pepagi pun macam kat Cameron dah. Bangun dah cerah dan kena meronda awal pagi ni sebab feri ke jeti Tigaraja ada sejam sekali je, kalo terlepas jenuh kena tunggu lagi sejam.
So sewa motor dari Carolina hotel ni. sejam Rp35,000 (Rm11) dan kena meronda dalam masa sejam je sebab nak feri akan datang pukul 8.45 pagi.

Sewa motor dia bagi helmet, dan share berdua. Minyak petrol full tank dan motor skuter. Nasib baik aku ni memang kaki rempit jadi takdelah nak takut ke apa bawak motor meronda pulau ni.
Keluar dari Carolina, amik kanan dan jumpa pekan area ni yang cater untuk pelancong. Ada kedai makan, kedai sobenir, kedai baju-baju dan banyak resort di tepi-tepi pesisir pulau. Memang cantik sangat dan akan lalu kat kampung-kampung orang Batak serta nampak la gereja-gereja depa tu.

Naik motor je berhenti amik gambar. Perah minyak motor sikit baru nak corner baring dah stop amik …

Backpack Medan- Carolina Cottage/ Hotel Danau Toba

Image
Hotel ni terletak di Danau Toba, Samosir.. tepi tasik dan sangat cantik. Masa mula sampai tu aku takut jugak melihatkan seni binanya yang ala hotel mahal..tapi rupanya ada bilik murah dan mahal di sini. Jadi kalo tak derduit banyak pun boleh je datang check-in.
Aku just walk in je ke sini, takde buat tempahan apa..tapi jika peak season jangan tiru macam saya ok. Nanti tak memasal kena tido tepi batu tasik tu.

Lanskap hotel ni sangat cantik..semua bercirikan budaya Batak..jika naik bot dari jeti Tigaraja tu bagitau kat kapten bot tu nak turun kat Carolina. Dia akan stop kat banyak jeti resort-resort yang ada..bila sampai kat Carolina jeti dia akan laung "carolina, carolina''. Bumbung rumah tradisi Batak sekali tengok memang macam bumbung rumah orang Minangkabau tapi ada perbezaannya. Bumbung rumah minang lebih runcing. Hurainnya boleh tgk kat sini http://mte3012-radenhafizshariman.blogspot.my/

Bilik kami takde aircond pun, tapi still sejuk macam kat Cameron. Cuaca kat mem…