Wednesday, July 12, 2017

Kamalodge Taiping Perak


Resort yang umpama homestay ni agak besar. Terletak berdekatan Taman Tasik Taiping dan agak jauh dari pusat bandar. Cafe kat sini agak terkenal juga dan ramai pengunjung.

Resort ni ada rumah double storey dan single storey. Cuma walau double storey, bawahnya adalah ruang tamu, atasnya bilik dan dua bilik air. Nak tido reramai kena bentang comforter kat bawah, agak mahal bagi aku dengan satu queen bed berharga Rm277 semalam.
Rumah single storey pun ada dan harga dalam Rm230 semalam.
Cuma yang menjagi tarikan mungkin adalah kolam nya yang agak luas dan meriah.

kawasan resort


lobi 

lobi sebelah cafe
ada rumah dua tingkat dan satu tingkat

kolam tarikan resort ni

setiap rumah ada balkoni dan boleh pilih ngadap kolam atau tak

masuk rumah dua tingkat

tingkat bawah ada tv, bathroom dan lounge area
bathroom

tingkat atas ada satu katil queen, bathroom dan balkoni




Secara overall, resort ni biasa je biarpun harga mahal jugak, ada kebocoran dll yang tak dibaiki.
Harga makan kat cafe standard bistro dan untuk bagi anak-anak happy bolehlah stay kat sini.
Depan resrt ni ada pembinaa hotel baru under Kamalodge jugak yang akan ada dalam 80 bilik untuk pengunjung.

Wednesday, June 14, 2017

Menu berbuka Ramadhan 18,19,20

Kadang-kadang bila masa nak berbuka tu, set meja rasa sayang jugak kalo tak amik gambar.
So kita tayang gambar makanan berbuka ok.
Takde nak set macam makan kat hotel ke apa..just set macam orang kampung berbuka. Guna tangan je..takde placemat ke goblet ke.

Kita ni yang dah tua, makan ringkas pun tak apa. Kurangkan pembaziran.
Tapi bila ada ank yang baru nak belajar berpuasa penuh, kenalah jugak reward dia.. keinginan dia nak makan apa. Jadi bila ada anak yang masih bersekolah rendah normal menu meriah sikit..ada nasi dan lauk, kuih muih dan air manis. atau menu peberet macam burger tu.
Jom cuci mata.

Menu Ahad..ada yg dimasak,ada yg dibeli

semua portion sikit tapi bervariety

keria

roti jala ni beli je

sayur takde jadi ganti dgn buah utk serat

ni peberet anak..retak seribu masak lemak...sedap woi

sambal tempe dan kacang

ayam goreng 2 ketul je..utk ank je ni
menu isnin

ank request burger..ye la nak

kuih sikit

dah ada burger..roti john nak jgk..masa ni ada tetamu so beli byk

ball ball semua

tom yam

sawi goreng sos tiram


menu selasa..semua beli je..gantung kuali 

popia basah favourite aku

air jagung
kalo pi bazar ramadan tak beli murtabak..boleh gempa bumi agaknya

buah mangga dan betik sebab takde sayur

nasi tomato Rm4.50

Nasi lemak aym rempah rm4

nasi ambeng Rm6..boleh lah..boleh makan 3 orang ni..portion besaq
sesekali kena jgk berbuka kat hotel..

Saturday, June 3, 2017

Iftar dan menu-menu nya

Antara menu-menu berbuka tahun ni. Lebih sederhana, lebih kurang pembaziran. Mungkin dah tua jadi nafsu tu takde mengganaz sangat.

Rutin bulan puasa ni.. still berkaitan makan-makan jugak.
Kali ni bulan puasa boleh kata 90% masak kat rumah. Simple menu. Yang dibeli kuih-muih dan ada rezeki dapat bubur dari masjid. Menu wajib nasi lah.
Balik kerja boleh lelap sekejap dan pukul 6 petang baru masuk dapur.
Siap masak boleh layan tv sambil lipat kain.
Then berbuka, solat maghrib dan pergi terawikh. Terawikh kat sini buat 8 rakaat + 3 solat witir.
Setiap malam satu juzuk. Jadi walaupun 8 rakaat terawikh selalu selesai dalam pukul 10.30 jgk la.
Balik rumah, makan ringan-ringan.
Sahur? setakat ni tak penah lagi makan nasi campur untuk sahur. Selalu nasi goreng. makaroni goreng, bihun goreng atau cereal. Serta kek potong, yogurt atau buah. Alhamdulillah.
Nikmat manakah yang mahu aku dustakan??

Selamat menjamu mata ye.
Nasi lemak, roti jala, kuih-muih

nasi lemak ni guna santan serbuk je

sambal bilis

roti jala

kuih-muih campur
menu berbuka hari yang lain..spagheti, stew daging dan murtabak

ni anak request..pie daging

pai daging, jagung rebus dan teh o. Feeling dok kat Hengland

pie ada gravy stew daging

ada kala terima jemputan berbuka kat luar

menu standard..nasi minyak, daging masak hitam, ayam merah, durian dan kuih-muih

Wednesday, May 31, 2017

Menu buka puasa 1438h

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadan semua..mood berblog dah ke laut..jadi nak cuci mata dengan hidangan berbuka hari pertama puasa kat kampung je.
Sekarang musim lepas meracun bendang jadi banyak rumput dan sayur belakang rumah yang kekeringan.
Pokok roselle pun tak berapa lebat tapi buluh madu galak tumbuh dek hujan panas tak henti. Pokok cili padi, terung, bendi masih berhasil dan bolehlah digulai dan digoreng.
Ceh..cakap macam kita yang tanam pokok sayur organik tu..tapi sebenarnya balik makan jek. 
Lepas tu kutip bunga kantan, serai, daun kunyit segala mak nenek dengan tak malunya hangkut.

di kaki Gunung Jerai

batas ban penuh sayur dan herba..tali air ni buat menjala ikan puyu dijadikan pekasam

bukan kampung aku tapi kampung kak aku di Yan

macam-macam ada
kuih keria
mee kolok dari Sarawak..tak reti nak buat cara sana jadi gorengkan ajela
murtabak wajib ada
Bubur lambuk dari masjid
kari ikan tongkol
ayam bakar ni sedap sgt
pais ikan termenung berinti kelapa
air roselle yang ditanam sendiri...memang nyaman
teh o
inilah juadahnya..dah puas mkn jgn lupa  gi terawikh 21 rakaat okeh
sangat best berbuka ramai-ramai kat kampung
Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga semuanya bertambah barakah.