Posts

Showing posts from May, 2016

PattaniThailand - part 4 Dari Pattani ke Hat Yai

Image
Pagi ni ronda kawasan kampus PSU ni dan meriah la pepagi dengan gerai makanan.
Dan pagi ni kena gerak ke Hatyai. Jadi dari bandar Pattani kena ke terminal bas dan agak jauh jugak la sebab terminal ni terletak di pinggir bandar. Kena amik tuktuk nak pergi sini.

Restoren Tok Keramat Jitra

Image
Restoren ni memang femes kat area Jitra dan kawasan sekitar.
Terletak dekat NAT (nat tu adalah pasar pagi bagi orang Kedah) Tok Jalai, restoren ni murah dan jadi tumpuan orang ramai. Banyak lauk seperti gulai utara, gulai kawah, ikan/ayam bakar, ayam goreng rangup, ulam-ulam dan sambal ada. Dan gerai western, roti canai, ice cream, durian crepe semua ada. Puding dan cake pun ada.
Self service, lepas amik nasi lauk, bawak ke kaunter dan bayar. Air ais kosong percuma. Then, pergi kaunter minuman dan ambil air. Bawak family datang berbaloi la..sebab murah berganda dan puas makan.
Restoren ni jugak amik tempahan katering dan kenduri.



Then, jom masuk tengok makanannya dan suasana dalam.
Meriah tau kedai ni..lauk sentiasa diganti baru dan panas-panas.









Pattani- part 3 Malam yang lengang

Image
Lepas pergi masjid, kami lepak kat tepi Sungai Pattani tu, tempat tumpuan area tu. Ada menara jam, wat buddha, macam promenade di tebing sungai. Ramai jugak budak muda melepak. Fesyen pakai kopiah dok kat bangku dan pegang tangan awek kat sebelah. Mana nak cari.
Pasar malam tak dan pergi, dah tutup pulak. Rugi..






Pattani part 2 - Central Mosque Pattani

Image
Pattani (Thai ปัตตานี, Tulisan Jawi: ڤتتاني) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand yang terbentuk hasil pemecahan Kerajaan Pattani. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala selatan tenggara ikut jam) adalah NarathiwatYala dan Songkhla. Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau Patani Raya. Pada asalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang merdeka. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 di tangan Burma, Dinasti Chakri yang baru ditubuhkan dan berjaya menghalau penjajah Burma dari Siam, menaruh minat untuk meluaskan pengaruhnya ke selatan termasuk Patani. Serangan pada tahun 1785 berjaya menakluki Patani.