Posts

Showing posts from January, 2016

Bento box simple dan mudah tahun ni

Image
Tahun baru dah masuk dekat sebulan..mak hang ni tak reti-reti lagi ka nak hapdet bekal anak-anak ke sekolah?
Tengok key word ramai yang cari entry bento box, entry travel hanya fofular masa Air Asia buat sales dan waktu cuti sekolah.
Untuk menambahkan kefofularan blog Mak ni, maka untuk tahun baru kita boh entry bento box.
Menu senang-senang aje..bangun kul 6pagi sempat je panfry burger dalam kuali leper sambil gi solat subuh.
Nak bagi best bento box untuk anak, jangan letak nasi,, mi goreng atau hot dog semata, letak sikit buah potong takpun kek apollo/london roll/biskut peanut butter atau marshmellow. Air mesti air kosong. Untuk neutralkan balik makanan tadi tu semua.
Budak zaman sekarang, dah bawak bento pun, duhet tetap nak jugak..bagilah singgit dua kot dia nak beli apa-apa. Dulu kita bawak cekodok semata dengan air teh cap ros tu..pun dah rasa bahagia.
(jangan berleter boleh tak).

Nak bawak travelmate baru atau tidak??

Image
Dalam perjalanan kita mengembara, melancong dan berbackpack kadangkala kita pergi berseorangan, berdua atau beramai-ramai.

Dalam hidup aku, aku hanya travel berseorangan atau berdua. Tak lebih dari itu.
Dan bila kau selalu jugak travel, maka akan adalah 2,3,4 orang yang akan interested dengan journey kau.
Yang selalu ikuti trip kau dan bercita-cita nak join trip bersama kau.

Perth - Part 9 Caversham Wildlife Park

Image
Akhirnya setelah puas menapak sampai jua ke Caversham Wildlife Park.
Destinasi wajib bila sampai Perth.

Caversham Wildlife Park (CWP) dimiliki dan dikendalikan oleh sebuah keluarga di Australia Barat.
David & Pat memiliki dan mengendalikan Caversham Wildlife Park dengan anak mereka David & anak perempuan Debbie.

Perth : Part 8 Dari Perth city Ke Whiteman Park

Image
Pagi kelima di Perth. Plan nak Caversham Wildlife Park yang berada dalam Whiteman Park.
Jadi kena bergerak awal pagi dan prepare sedikit masa mana tau nanti sesat.
Beli tiket train dan berlepas.

Perth - Part 7 Hari Keempat di Western Australia Museum

Image
Hari keempat melawat Western Australia Museum.
Kawasan berdekatan Art Centre, area Northbridge. Dekat je dengan Perth Train Centre dan jika nak jalan dari train station ni, lalu kat atas flyover ke kiri tu dan akan jumpa Art centre dulu.
Nak pergi sini dgn bas pulak,  naik Blue CAT dan stop kat hentian nombor 5 iaitu museum. Dekat bridge yang comel berbata merah tu. Senang je direction nya. Tepi jalan dah nampak. Kalau nampak budak kolej reramai area tu..itulah dia kawasannya.
Museum ni besar dan masuk percuma, cuma digalakkan menderma..dasar kedekot memang best sangat masuk takyah bayar..dalam museum ni ada pameran tentang orang asli Australia, sejarah dan segala bahan, haiwan yang ditemui di sini seperti berlian, meteor, haiwan pra-sejarah, dan banyak lagi.
Yang paling menarik adalah sejarah aboriginal ni..ada sudut yang memaparkan kekejaman pihak kolonial memaksa anak-anak aboriginal ni masuk ke asrama/misionary project, dipisahkan dari ibu bapa, serta sangat sedih jika tengok vis…

Ohsem new year gift dari blogger Scdha Sein

Image
Beberapa hari lepas Mak terima sampul surat yang besar.
Terus rasa nak lompat bintang 400 kali..hadiah dari blogger glamour ScdhaSein

Buka sampul cermat-cermat sebab sayang..then tengok dalam tu sampul 3 sampul comel.
Sampul dalam sampul. Umpama budak kecik dapat hadiah krismas..saspen you sebab tengok sampulnya pun kreatip dan berseni sangat. Banyak sangat ole-ole yang SS beri dalam tu.
Dalam sampul pink ada FM azaleania kat Mount Huashan Xi'an.
Dalam sampul coklat ada 2 ketul FM Jakarta dan Singapore.

Ramly Halal Kiosk RnR Gurun

Image
Ramly Halal Kiosk ni terletak di RnR Gurun Kedah ni dah agak lama beroperasi.

Terletak di Gurun menghala ke utara, ia adalah pilihan untuk pengguna lebuhraya menikmati produk jenama Ramly di sini. Harga pun murah dan yang penting boleh beli semua produk Ramly dengan harga diskaun selepas jadi ahli. (dalam 20-30%) off gitu..memang murah. Kalau beli kat Tesco, Giant, Aeon tu semua memang mahal harga produk Ramly nih.

Aberdeen Lodge Backpacker Hostel Perth

Image
Penginapan backpacker yang terletak di Aberdeen Street Perth. Dorm dan common room ok bagi aku, WiFi pun laju. Nak masak pun mudah..cuma yang kurang memuaskan adalah toilet dan bilik air.
Namun better keadaannya dari Bambu backpacker kat sebelah tu. Malam-malam adalah budak-budak backpacker muda bermain gitar, bernyanyi dan buat bising sambil minum tapi bab tu ko pun tolak ansur, dah kata nak backpack kan.

Wordless

Image
You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life.Winston Churchill