Posts

Showing posts from May, 2015

Antara Travelogue Advantura Pulang ke Malaya dan travel monster inside me

Image
Berkelana di bumi asing. Hidup nomad berbulan-bulan.
 Semakin usia meningkat..semakin umur bertambah..maka semakin itu niat dalam hati melonjak-lonjak untuk menjadikannya realiti. Berada dalam dunia pejabat, mengadap PC dan menghadiri mesyuarat membuatkan kita semakin letih. Mereput dalam bilik? menyeksakan.
Bangun pukul 6 pagi dan balik 6 petang seperti robot? menyedihkan.

Sebenarnya panggilan untuk aku berkelana semakin kuat. Panggilan jelajah bumi asing semakin bergema. Bila membaca blog Travelogue ET disini, http://derubirusiti.blogspot.com/  membuatkan aku cemburu. Berbulan beliau berkelana dan menjejak bumi asing. Bilakah aku akan dapat rasai peluang mengembara selama itu?? Jawapannya entah..mungkin berkurun lagi.


Dan baru ni aku beli buku Badrul Hisham, buku travelogue Advantura Pulang ke Malaya..malah berpeluang berjumpa dan berkongsi kisah live dengan beliau dalam sebuah program. Banyak kisah yang diceritakan.
Antaranya:
- Perempuan muslim paling cantik? Bosnia
- Perempuan n…

Vietnam - Makan apa lagi daaa???

Image
Ini sambungan untuk makan-makan di Ho Chi Minh.
Makan macam kat Malaysia jugak lauknya tapi haku peduli apa kalo aku nak post jugak entry nih??
Nak bagi orang teliur tengok kan.
Pagi hari ketiga..makan sarapan di Saigon Seri Pinang jugak.




dan untuk lunch makan di Kampung Pandan












Vietnam Part 5 - Chu Chi tunnel

Image
Terowong Chu Chi ni (sebutan gu chi) agak jauh dan berada di luar kawasan bandar. Ambil masa sejam dua jugak nak sampai. Terowong yang sepanjang 250km ni sempit dan seolah spider web yang dibina untuk mengelirukan tentera Amerika pada era perang Viet Nam.
Dalam ni lah tempat diorg tinggal, tidor, makan dan menjadi rumahku syurgaku gamaknya.
Dalam lawatan ni kita akan tengok bunker diorg, perangkap-perangkap samar dan cara hidup Viet Cong semasa era Perang Vietnam.
Tiket berharga 90k (Rm15) dong untuk pelancong asing. dan 20k dong untuk local.
















Sape pencinta sejarah dan ketenteraan mungkin akan suka masuk melawat sini. Mungkin sedih  melihat penderitaan yang dilalui semasa perang..  di sini jugak ada replika viet cong, khemah dan alat senjata api, jerangkap samar, dan nak rasa kesenpitan terowong pun boleh. Boleh cuba masuk dan alami sendiri perasaan kena jalan itik dan membongkok sepanjang laluan.
Namun aku adalah takde perasaan bila melawat terowong ni, mak bukan pecinta sejarah tero…