Sarawak - Pasar Satok

Pasar Satok lama sudah tidak wujud. Ditukar tempat ke kawasan lain. Lebih jauh dan masih di kawasan Satok. Kat kubah Ria.
Sedih? ya. Nostalgia yang pilu? mungkin. Meraung guling-guling 40 ribu kali pun..ada Taib Mahmud kisah??
Kawasan baru lebih banyak ruang dan tidak sesak. Kata pemandu teksi pasar baru ni kurang ramai pengunjung seperti pasar lama.
Naik teksi dari waterfront tambang sebanyak Rm12-15. Balik lebih mahal..bergantung.
Pasar ni di buka sabtu dan ahad. Hari sabtu pagi hingga  malam dan hari ahad setengah hari.
Jom tengok apa yang ada di pasar Satok baru ni.
pintu masuk



Pasar ni ada beberapa bangunan terpisah..mula masuk akan jumpa orang jual sayur dan hasil hutan, souvenir..then masuk ke building macam kompleks kecil..ada  ATM, kedai baju sikit dan Agro mart.
Masuk sikit terus ke pasar basah..ada product yang glamer macam terubuk masin, hasil laut, ayam dan sayur. Ada lorong untuk rempah ratus dan ikan masik ,udang kering serta kuih kering seperti kuih cincin tuh.
Di kawasan parknig pun ada juga pasar tani. Kemudian lintas ke sebelah ada Medan Selera Benteng..banyak kedai hingga dalam 50-60 gerai. Ada live band jugak perform di hari minggu..bagi duit sikit dalam bekas mereka tu. Gerai makan ni not bad..harga nasi ayam, nasi goreng pun murah. Sedap pun ya.

antara yang dijual..buah dabai


terubuk..sekor Rm8,10,15 ikut gred


Ikan masin

ketam dan udang


Ada rempah laksa Sarawak dan banyak lagi

Dan ini medan selera dia kat Benteng.
Luas dan mampu la muat jika peak season tu.
food court yang luas

ada live band

nasi ayam..sedap
Dekat luar kawasan parking pun ada. Dan dekat hujung ke parking tu ada orang jual komik..siri Naruto yang agak payah nak jumpa kecuali ko order pos. So apalagi..borong. Banyak lagi siri komik seperti Budak Getah, Detektif Conan, Satria Pedang, Pejajah Dojo dan byk lagi.


antara komik yang ada


No comments:

Post a Comment