Posts

Showing posts from 2015

Summary of 2015

Image
Untuk tahun ni, adalah beberapa tempat yang aku berpeluang menjejakkan kaki.

Sejak tukar tempat kerja ni, memang makan hati, bos susah sangat nak lepas cuti lebih dari seminggu.
Aku cuti 2-3 hari pun dia dah macam kucing nak beranak..trip ke Perth itupun nyaris-nyaris je.. dia lepas pun sebab aku dah book tiket awal. Dan itupun sebab aku apply cuti sebelum dia supervisor aku. Grrrrrrr.

Mona Ikan Bakar

Image
Restoren Mona Ikan Bakar Kuala Perlis lagik..dah takde kedai lain ke ko nak promote??
Dah restoren tu je paling sodap kat tekak aku nih..lagipun kali ni menunya lain dari menu yang aku makan kecuali kan dan sayur.
Maybe last jamuan makan-makan kat sini untuk 2015.

Perth - Part 6 Hari Ketiga di The London Court, Perth Mint dan Barrack Jetty

Image
London Court ialah pusat membeli-belah terbuka berbumbung tiga/empat tingkat dan arked yang terletak di kawasan pusat perniagaan di Perth, Australia Barat. Ia dibina pada tahun 1937 oleh pembiaya emas yang kaya dan ahli perniagaan, Claude de Bernales bagi tujuan kediaman dan komersil . Arked ini terletak antara Hay Street dan St Georges Terrace dan dianggap satu tarikan pelancongan yang penting di Bandar Perth.

Ole - ole dari Perth Australia

Image
Kalau dah pergi ke mana-mana mestilah beli souvenir untuk kengkawan, sedara, atok nenek dan semua yang berkaitan.
Jadi entry ni adalah ole-ole yang sering dibeli di Perth, Australia untuk bawak balik. Harga terkini November 2015. Bawak duhet berkoyan-koyan nak pergi sana okeh??
Bulu kangaroo pun kalau boleh amik, aku nak bawak balik jadikan ole-ole bagi free.
Ini harga lebih kurang..rate $1 Aud bersamaan Rm3.1.

Cicerello's Fremantle

Image
Restoren seafood yang musti ko try kalo pergi Perth atau Fremantle.
Kalo tak makan kat sini, tak payah nek kapai terbang mahai tu, pi makan je kat Kola Perlis nun.
Dah glamer sangat maka Mak redho makan cekik darah kat sini. Tapi berbaloi sebab memang sedap Fish n cipnya. Ikan fresh dan big portion.

Periuk ajaib dan beg backpack cara kedekot

Image
Entry ni adalah untuk geng marhaen dan mungkin takde makna bagi uolls.
Aku tujukan entry ni untuk SS dan beberapa pembaca yang pernah tanya pasal benda yang aku bawak masa backpack. Nak tunjuk periuk/beg kena post entry hehe.

Perth - Part 5 di King's Park

Image
Hari kedua di Perth.
Plan hari ni nak ke King's Park. Kena naik Blue CAT ke Esplanade Busport dan tukar ke Green CAT.
Cara untuk ke King's Park ni:

-Amik Green CAT
-Turun di stop no. 5 iaitu di Havelock Street. Jangan turun di stop King's Park road sebab nanti kena jalan jauh.
- Dari Havelock Street turun bas tu jalan ke kiri. Sebelah itulah King's Park
- Untuk balik pulak lintas jalan dari point Havelock street tadi, tunggu di situ (point no. 17, Havelock Street jugak namanya). Bas Green CAT ni akan pusing dua kali di jalan yang sama.

Semak SINI untuk semua jadual CAT Perth.

Perth- Part 4 Hari Kedua

Image
Hari ni hari kedua di Perth. Baru nak merasa ukur jalan kat Perth selepas sampai semalam terus ke Fremantle.
Untuk ke Perth ni, aku takdelah study sgt pun, just print Perth wikitravel dan baca sikit-sikit info. Takde gigih nak hafal road segala. Backpack setakat mampu di bandaraya yang paling terpencil dunia ni. Jom tengok sikit info mengenai Perth ni.

Perth -Part 3 EShed Market Fremantle

Image
EShed Market ni memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia yang gigih membeli belah.
Cenderahati dari Aussie yang harganya berpatutan dan boleh dikatakan paling murah.
Kedai dalam ni yang top tentulah Megabes dan Aussin. Dua taukeh dari Singapura dan Indonesia.
Abis peniaga-peniaga Aussie takleh cari makan dalam ni. Kelebihan mereka yang boleh berbahasa Melayu dan staf pun ada yang terdiri dari student Malaysia dan Indonesia.
Dan bila aku survey di bandar Perth, memang aku jumpa souvenir yang paling murah adalah di EShed..sanggup datang 2 kali ke Freo semata-mata nak borong souvenir yang tak cukup-cukup lagi tu.

Terima Kasih Rerupis Jari Manis

Image
As salam semua..semalam Mak dapat kiriman dari RERUPIS blogger si Jari Manis ..suwett sangat  JM ni. Rasa nak peluk Abam pos tu feeling peluk JM, buleh???

Perth- Part 2 Fremantle harbour

Image
Fremantle adalah bandar pelabuhan yang utama di Australia barat. Di gelar Freo oleh local.

Di namakan sempena Kapten Charles Fremantle yang claim pantai barat New Holland untuk British pada tahun 1829. Antara tahun 1850 dan 1868, banduan telah dihantar dari Britain untuk menyediakan tenaga kerja dan membantu  membina beberapa bangunan warisan Fremantle, termasuk Penjara Fremantle dan Fremantle Arts.

Perth di musim bunga

Image
Bandar Perth ni sangat cantik di penghujung musim bunga yakni awal November.
Memang sangat cantik dan cuaca nyaman dalam 15c purata.
Jalan kaki tak terasa dan pukul 5 petang angin sejuk menerpa. Bunga-bunga berkembang pada kemuncaknya dan tak sia-sia aku pergi pada musim bunga ni. Jakun tau tengok bunga cantik tu, bayangkan kelopak bunga ros sebesar pipi kau!
(pipi aku pau tau, memang besaq yakmat..kalo pipi ala Angelina Jolie tu, sah-sah bunga tu tutup seluruh muka).

Perth Australia - Part 1

Image
Setelah sampai di Esplanade busport tu, kami bergerak ke platform B untuk amik bas CAT biru.
CAT Biru ni akan bermula pukul 8.30 pagi (kalo weekdays CAT bermula lebih awal dlm 6.30am) dan hari tu pulak hari ahad, so sangat lengang keadaannya di busport.

Dari Kuala Lumpur ke Perth Australia

Image
Sebelum berlepas ke Perth, tukar duhet RM yang tak bopa nak laku tu di KL Sentral.
Rate adalah Aud 1$ bersamaan dengan Rm 3.12. Adeh...sakit jiwa bila nak tukar duit tu..tukar Rm1,138 dapat Aud$ 365 aje. Untuk trip seminggu di Perth ni aku bawak hanya Rm1138 je kiah..bajet cheapskate abis.
Perjalanan flight Air Asia dari KL ke Perth mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Penerbangan jam 12.05 tengah malam dan tiba pada jam 5.30 pagi di lapangan terbang antarabangsa Perth.
Sampai je dah cerah benderang di Perth ni macam pukul 7 pagi. Waktu di Perth sama dengan Malaysia..so senang tak perlu adjust jam.
Beratur masuk imigresen dan dia check passport,  ETA yang aku print pun dia tak minta. So simpan keratan tu. Bagi passport je kat dia. Dia semak passport dan maybe ETA dah online so senang je aku dah dapat stamp masuk Aussie. Lega..tenkiu Cik Intan agen visa ETA Australia.
Kemudian pergi collect beg dan beratur ke tempat kastam.
Aku isi arrival card declare aku bawak seafood (sardin, …

Australia - Perth intro post

Image
Australia adalah destinasi idaman semasa remaja.
Particularly Brisbane. Sebab yang amat mudah. Dulu zaman remaja kan kita selalu tergila ikon-ikon terkenal. Aku tak gila retis tapi aku gila mat motor Aussie. Michael Doohan my hero katanya.
Masa tu tahun 1992-1994 di mana Mick Doohan ni sangat top dengan Wayne Rainey dan Kevin Swartz. Mereka ni berentap habisan untuk naik top podium dan aku sanggup berjaga sampai pagi tengok race Motor Grand Prix di semua litar dunia. Hafal dah semua circuit moto GP nih.
Sampai kena bising kat umah. Siap buat buku scrap segala untuk mamat nih. Beli paper sepanjang musim GP di Shah Alam masa tu. Meriah paper dgn iklan gambo dia dan iklan Rothman Honda penuh satu page.

Buat visa Australia

Image
Bagi sesiapa yang nak pergi ke Australia sebagai pelancong, pelawat, backpacker maka rakyat Malaysia perlu memohon visa. Electronic travel Authority atau ETA.

Mee sotong Hameed Pata dan Big Bad Wolf

Image
Trip dari Sungai Petani ke Penang ni di buat dengan menaiki pengangkutan awam..selalu hempuk bontot atas kereta dan drive jer. so kali ni kita bawa anak-anak cuba kelainan dengan naik pengangkutan awam.
- Dari Sungai Petani naik komuter ke stesen Butterworth
-Dari Butterworth naik feri ke Pulau Pinang
- Sampai belah Pulau, naik bas free CAT (Central Area Transit) sampai ke Penang Times Square

Review buku 'Kembara Afghanistan' karya blogger Travelog ET

Image
Setelah agak lama menyepi di blognya disini http://derubirusiti.blogspot.my/ , akhirnya blogger ET membingkaikan jejak pengalaman beliau dalam buku pertama beliau yang berjudul
 'Kembara Afghanistan'  dengan tagline ''Hidup tanpa cabaran bukan hidup namanya..".

Aku memang tak sabar nak baca buku ni..sebab selalu baca blog beliau.. tulisan beliau memang best dan pengalaman beliau berbeza dan unik bila mengembara ke tempat-tempat yang jarang dikunjungi dan berbahaya.
Aku amik masa sehari je baca buku ni.. yang setebal 181 muka surat.

Kampung halaman

Image

KTM Komuter sektor Utara

Image
Akhirnya....Orang belah Utara merasa jugak ada komuter yang menghubungkan bandar-bandar sebelah sini.
KTM Komuter, perkhidmatan komuter pinggir bandar oleh KTM, melancarkan perkhidmatan di Utara pada 11 September 2015. (bau kedai lagik senahh..)

Perkhidmatan baru itu akan menggunakan tiga kereta EMU (Kelas 83 - dua beroperasi, satu standby), berulang-alik antara Kamunting di Barat Laut Perak, Butterworth di Pulau Pinang dan Gurun di Selatan Kedah.
 Kereta api akan berjalan pada jangka masa 3 jam, dengan satu perjalanan yang berakhir di setiap arah mengambil  lebih dua jam. Kereta api dari arah sama ada akan pergi ke Butterworth sebelum meneruskan perjalanan mereka. Fakta ringkas KTM ini:

Jarak laluan : 144.3 km
Masa perjalanan : 2 jam
Jumlah stesen ; 11
Jumlah perkhidmatan : 12
Kekerapan perkhidmatan : Setiap 3 jam
Tren info : 3 gerabak, 186 tempat duduk dan memuatkan 450 penumpang
Kelajuan tren : 120km/j
Jenis tiket : Sehala, dua hala, konsesi (OKU,Kanak-kanak, warga emas), Mingguan…