Tortilla inti daging

Tortilla ni benda paling senang nak dirojakkan dan dimelayukan.
Ikut suka nak inti sambal belacan atau cincaluk,semua boleh modified.
Kali ni aku buat inti daging burger ayam Ramly,sedap dan senang.
Caranya serta bahan:
bahan crucial-kulit tortilla.harga RM6.99 sepeket yang ada 8 nos
cherry tomato potong slices

coleslaw-potong nipis kobis,carrot,bawang,rendam kejap dalam cuka.toskan dan campur mayonis bersama soso cili

daging burger panfry dan potong kecik.timun potong nipis
panaskan kulit tortila tanpa minyak..balikkan dan kemudia boleh di isi dengan bahan inti.lipat dan dh boleh makan.







No comments:

Post a Comment