Ketam masak lemak yang senang

Ini resepi aku yang paling senang...pejam mata pun boleh masak tau. (yo lah tu..mau tumpah periuk ke lantai).
rasa cam terliur je tengok...(perasannya chef ni)


Bahan-bahan:
Anggaran 4 orang makan..sorang makan sekor je ketam,,yg lebih tu untuk tukang masak.

5 ekor ketam-bersihkan,buang cengkerang,potong dua dan potong sepit guntingkan bahagian tajamnya
1/2  biji santan kelapa-mesin dan blend dengan 3 cawan air dan tapis,agak-agak kepekatannya
1 biji bawang besar-tumbuk
sedikit halia-tumbuk
3 biji cili hidup-tumbuk
3 biji cili padi-tumbuk
1 ulas kunyit hidup-tumbuk..kalau takde gantikan dengan kunyit serbuk
2 biji tomato-belah 4 (takyah letak asam keping kalo dah letak tomato)
garam secukup rasa
i helai Daun kunyit-hiris nipis
1 btg serai-ketuk

Caranya:
1.Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali ketam dan perasa.
2.Masak dengan api perlahan dan kacau selalu
3.Bila telah agak mendidih,masukkan ketam
4.Masukkan perasa dan kacau sentiasa
5.Bila kulit ketam kemerahan,tandanya ketam dah nak masak.tunggu lagi dalam 10 minit, tutup api dan adjust rasa.
5.Boleh tambah sedikit nenas,atau kacang panjang.

Santan kalau blend dan tapis,ia akan jadi pekat dari bila kita perah cam biasa tu,so pada aku sebelah kelapa dha cukup.

No comments:

Post a Comment