Posts

Showing posts from September, 2013

Ketam masak lemak yang senang

Image
Ini resepi aku yang paling senang...pejam mata pun boleh masak tau. (yo lah tu..mau tumpah periuk ke lantai).


Bahan-bahan:
Anggaran 4 orang makan..sorang makan sekor je ketam,,yg lebih tu untuk tukang masak.

5 ekor ketam-bersihkan,buang cengkerang,potong dua dan potong sepit guntingkan bahagian tajamnya
1/2  biji santan kelapa-mesin dan blend dengan 3 cawan air dan tapis,agak-agak kepekatannya
1 biji bawang besar-tumbuk
sedikit halia-tumbuk
3 biji cili hidup-tumbuk
3 biji cili padi-tumbuk
1 ulas kunyit hidup-tumbuk..kalau takde gantikan dengan kunyit serbuk
2 biji tomato-belah 4 (takyah letak asam keping kalo dah letak tomato)
garam secukup rasa
i helai Daun kunyit-hiris nipis
1 btg serai-ketuk

Caranya:
1.Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali ketam dan perasa.
2.Masak dengan api perlahan dan kacau selalu
3.Bila telah agak mendidih,masukkan ketam
4.Masukkan perasa dan kacau sentiasa
5.Bila kulit ketam kemerahan,tandanya ketam dah nak masak.tunggu lagi dalam 10 minit, tutup api…

word less

Image

SF Beauty set penjagaan muka

Image
Aku dah pakai krim ni selama 9 bulan.Mula pakai bulan Januari.
Lepas sebulan dua pakai memang semua manusia yang aku jumpa tegur muka aku glowing dan cerah.
Cara pakai:
-Cuci muka dengan sabun
-Sapu krim siang/malam ikut waktu
-sapu krim mestilah masa muka sedikit basah dan lembab sebab krim ni cam susah nak ratakan sikit
-cuci dua kali sehari,pagi dan malam diikuti dengan sapuan krim

Lepas pakai beberapa minggu,selalunya muka cam gatai sikit dan ada tumbuh biji-biji kecik...dan muka rasa cam sedikit panas.Lepas tu ok dah.
(ikut pada jenis kulit).Mula pakai,memang pakai tiap malam tapi dah lama sikit,aku selang selikan penggunaannya.
Cuma,bila lama tak pakai,akan tumbuh jerawat kat muka aku.Bukan jerawat sgt tapi cam biji tu.
Dan sayugia diingatkan aku ni memang jenis bukan  yang ada jerawat.Susah nak ada jerawat even dari remaja biarpun muka aku takleh putih bersih cam Nicole Kidman.Taktau kenapa.dan biasalah tangan gatal aku ni cepat je nak jorek-korek jerawat tu.
Tapi krim ni tak…

50 Shades Of Grey -buku mengarut?

Image
50 Shades Of Grey..buku romantik erotik yang dikarang oleh E.L James,penulis British.
Buku berkenaan BDSM,bondage and cuff dan dominance-submission.Yang akan dijadikan filem.

Ini yang aku malas nak baca buku sebelum movie tu keluar jadi filem. Kuciwaaaa.
Baik aku tengok movie cam Twilight tu dan baru baca novelnya. Sebab? aku tak mengada-ngada pilih pelakon ciptaan aku masuk jadi watak tu.
Berita yang diterima sebentar tadi (berkurun yang lepas to be precise) , watak Christian Grey tu akan dilakonkan oleh Charlie Hunnam, British actor yang berlakon dalam Son Of Anarchy tu (aku tak penah tengok pun).
Macam biasa, semua peminat novel erotic/BDSM ni kecewa sebab depa dok bayangkan actor pujaan depa akan terpilih. Sorry folks...toksah dok menangis air mata berdarah pasai ni.Takde pekdah.
Nangis atas sejadah lagi baguih.
Siapa hangpa pilih? ni calon-calonnya yang di vote menerusi fanpage.
Untuk pegang watak Christian Grey,syarat utama adalah Kacak, Handsome, drop-dead-gorgeous, oh-so-migh…

Mee sotong Padang Kota Penang

Image
Entry berkaitan makanan.Dah beribu kali aku makan kat sini,baru sekarang dapat hidayah nak masuk dalam blog..sebab?blog dah bersawang dan takde entry umpp nak diupdate.
 Entry masuk dari sebelah laut..

 Bersebelahan dengan Fort Cornwalis.

Kat medan selera ni ada banyak gerai..nasi campur,nasi goreng,mi rebus,mi goreng dan memang meriah waktu lunch.Tapi petang rasa macam dh tutup.
Jom tengok apa ada.








Joyah: ni entry mee sotong ke entry padang kota??

Kos lepas kerana backpack dan isu backpackers vs flashpackers

Image
Apakah keutamaan kita dalam hidup?
Semua orang nak rumah besar dan selesa. Kereta mahal dan mewah.Perabot yang berjenama dan keperluan seharian yang hebat.
Tetapi..sebenarnya apakah yang kita pentingkan?

Jika orang kaya, tak perlu nak kira semua ni kerana semua boleh dimiliki dan dibeli.
Tetapi bagi warga marhaen seperti aku, kena utamakan mana yang sangat-sangat diidamkan.
Untuk itu, jika kau seorang travellers, backpacker atau flashpacker sekalipun, kaki gatal nak kesana kemari maka kau akan rasa hidup kau seperti beggar. Itu pengorbanan demi mencapai matlamat nak ke suatu destinasi.

Hati gundah gulana jika tak pergi jalan-jalan selama beberapa bulan. Dok tengok langit biru dan awan,kau rasa, heh..bilalah aku nak naik kapal terbang lagi?
Jadi..ada orang suka menghabiskan duit berjuta untuk lengkapkan hobi memancingnya,atau beli seekor burung beribu ringgit sebagai koleksi..dan seseorang yang kaki berjalan pun begitu.

Kebanyakan yang kaki berjalan (yang berpendapatan suam kuku) …